THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, 28 February 2011

Story : Julia

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni
abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya
tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat
jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata
dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."


"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "

Friday, 25 February 2011

Story : Aku,Dia,Mereka GILA


Terkial-kial langkah kaki Asmah mengelak laluan tar yang digenangi air itu sambil menyinsing kain baju kurung yang dipakai olehnya hingga ke paras betis.Wajahnya diselaputi kegusaran.Sekejap-sekejap dia moleh ke belakang.Lagak gayanya seperti sedang dikejari sesuatu.Dengus Nafas halus Asmah yang seakan ketakutan berselang-seli dengan suaranya yang tenggelam timbul.
   Tubuh Asmah yang tinggi lampai dan putih gebu itu kemudiannya melewati sebatang pohon ketapang yang dikatakan dihuni oleh dua ekor hantu oleh penduduk setempat.Hantu yang dimaksudkan tak lain dan tak bukan ialah Kutil dan kupih.dua kacang hantu yang paling berpengalaman dan mahir dalam selok-belok serta tatacara seorang kaki lepak yang sejati di kawasan perumahan itu.
   ''As,Kenapa termengah-mengah ni? tengah jogging ke?''' soal kupih lalu tersengih menampakkan barisan giginya yang rompong di sana sini.
''Ada ke orang jogging pakai baju kurung,Bang Kupih?'' balas Asmah dalam nada memerli.Nafasnya masih turun naik.
  Kupih malu sendiri sedang sahabat juangnya Kutil pula terbahak-bahak ketawa sambil menggaru-garu ketiak.Serupa benar gayanya dengan seekor monyet.
   ''Abang Kupih dengan Abang Kuil tolong As boleh tak? As rasa si bolok gila tu ikut As dari tadilah,'' pinta Asmah yang kemudiannya membetulkan kainnya yang terselak. ''Bolok? Dia buat apa dengan As?''' soal kutil kembali.  ''Tadi As lalu dekat depan rumah Salasiah.Tiba-tiba Bolok sergah As dari tepi rumah.Lepas itu dia kjar As pulak!'' terang Asmah.
   Kutil mengepal penumbuk.Kupih pula meludah ke tanah.Nampaknya kegiataan Bolok Gila Semakin Menjadi-jadi.Dulu Bolok Gila pernah menggemparkan seluruh penduduk kawasan perumahan itu dengan cerita beliau menggit keting seorang budak.Kali Ini Bolok Gila Sudah berani mengganggu anak dara pula.Apatah lagi yang diganggunya itu ialah Asmah,Antara perawan tercomel di situ.Kutil mula hatun langkah.Kupih juga ikut menurut.Asmah pun tak mahu melepaskan peluang menyaksikan pengacaunya diajar.Dia juga mengekori.Ketiga-tiga mereka melangkah deras menuju ke rumah selasiah dimana tempat kali terakhir Bolok dilihat berada.Cuma Asmah yang kerap kali ketingalan do belakang kerana dibatasi pakaian kurungnya agak melambatkan derap langkah Kupih dan Kutil yang sudah mula membayangkan pencak-pencak serta teknik ninja untuk digunakan ke atas Bolok Gila sekejap lagi. ''Wei mangkuk!'' jerit Kupih sebaik sahaja terlihat kelibat Bolok Gila yang sedang asyik berbual dengan seekor siput di celah rimbunan pokok bunga raya. Pantas Bolok Gila menoleh ke arah mereka bertiga dengan pandangan berkerut.Namun yang menghairankan,Bolok Gila kembali menyambung perbualannya tentang isu kenaikan harga barang bersama siput sebentar tadi.Kupih yang berang melihat tindakan itu terus menghampiri Bolok Gila Dan menempeleng kepalanya Bolok Gila dan menempeleng kepalanya sebanyak tiga kali berturut-turut. ''Apa ni? Gila ke?'' jerit Bolok GIle seraya mengusap kepalanya selama beberapa saat. ''Kau tu yang gila! tak dengar ke aku panggil tadi?'''   ''Mana ada korang panggil aku? korang panggil mangkuk! Nama Aku bukan mangkuk,'' Balas Bolok Gila. ''Habis tu nama kau apa? Pinggang? Cawan? Penyu Belimbing?''' Jerit Kutil pula sementelah Asmah sedang berdiri di sebelahnya.Dia juga mahu menunjukkan keperwiraan dirinya 
  Bolok berdiri seraya mencekak pinggang.Wajahnya merah padam kerana marah.Membuatkan Kupih dan kutil merasa sedikit cuak.Asmah yang sedari tadi bersembunyi di belakang kutil kelam-kabut menyorokkan muka. 

''Kau pernah pergi sekolah tak?''' Soal olok bengis . ''Pernah!Apasal?''' soal kupih kembali.Wajahnya sengaja dikerutkan sekasar mungkin bagi menimbulkan aura garang maksimum.
  ''Kau pernah pergi sekolah naik basikal?'' Bolok bertanya lagi.
'''Pernahlah! kenapa kau tanya?'' Kutil pula menjawab. ''Kau pernah pergi sekolah naik basikal bawak peti ais kat dalam pokot?''' Bolok terus menerus menyoal
 Kutil,Kupih dan Asmah tercengang.Langsung tak memahami kaitannya  dengan soalannya....Kupih angkat bahu manakala kutil pula menggelengkan kepala.Masing-masing berpandangan sesama sendiri. ''Wei Bolok Gila! Kami datang ni sebab nak tau kenapa kau kacau si Asmah ni?''' Kutil bertanya setelah beberapa ketika menggaru kepala. ''Kacau pun tak boleh?'' ''Memang tak boleh! kau ingat boleh suka-suka nak buat apa-apa dekat Kawasan ni?'' tengking Kutil. ''Kalau usik?'' ''Usik Pun tak boleh!''  ''kalau aku usik sikit lepas tu aku kacau.posmen datang tangkap aku ke?'' Bolok bertanya lagi

'' Nak buat apa posmen tu tangkap kau? Dia hantar surat je.''     ''Dah tau dia hantar surat.kenapa surat aku tak sampai-sampai lagi?   'Surat mana pulak?'' Surat Akulah! ketua pemuda daerah Beijing janji nak hantar . Dah tiga kali hari bersilih-ganti krismas aku tunggu.''    Surat apa yang ko tunggu tu?'' Kupih sudah mula pening dengan soalan Bolok Gila. ''Bodohlah kau ni! takkan itupun aku nak bagitau? Dah tentulah surat menyurat.Takkan dia kirim suratan takdir pulak!'' ujar Bolok marah-marah. Kutil dan Kupih garu kepala lagi.Niat mereka mencari Bolok Gila adalah untuk mengajarnya tapi sekarang mereka pula yang diperbodohkan.Asmah pula terkekeh-kekeh ketawa menutup mulut. Geli hatinya menyaksikan senario sentul yang sedang berlaku. ''Malas kitorang nak layan budak gila macam kau ni.Satu je aku nak cakap,lain kali kalau aku dengar kau kacau anak dara orang lagi.Kiorang pelupuh kau cukup-cukup! Dahlah Jutil,Jom balik!''Ajak kupih lalu berpaling menghadap Asmah. Baru saja Kupih mahu mengajak Asmah pergi dari situ.Dia tersentak.Asmah telah tiada di tempatnya.Kutil Dan kupih melingas memandang ke sekliling.Tiba2 Kupih berasa bahunya dicuit.Wajah kutil yang sedang menjuihkan bibir segera membuatkan dirinya memusing kepala ke arah yang ditunjukkan. Mulut Kupih terlopong.Kerana Di hadapan matanya kini Asmah yang sedang mereka melihat Asmah yang sedang berbual mesra dengan Bolok Gila.Terbakar benar hati mereka melihat Asmah dengan lembut memaut lengan Bolok Dengan Diiringi Oleh gelak ketawa ''As,apa semua ni?'' Soal kupih kurang mengerti ''Minta maaflah bang.As dah salah sangka pada abang bolok.Rupanya Abang bolok ni kelakar orangnya.As suka sangat!'' Asmah menjawab bersahaja 

Keesokan harinya,Ramai penduduk kawasan perumah itu yang mengaku ada terlihat kelibat Kupih dan Kutil sedang kewata terbahak-bahak di bawah pokok ketapang dengan berpakaian saling tak tumah seperti orang gila sambil berbual-bual dengan kaki Sendiri